Friday, January 28, 2011

~ Yang Maha Cinta ~

~ Yang Maha CINTA ~


" If you have a husband who is your best friend, who works hard for you, who has been with you through thick and thin, who loves you unconditionally even when you're at your worst, and whom you are PROUD to be married to, please copy and paste this on your wall..." 

Kata-kata di atas saya dapati pada wall sahabat saya di facebook. Saya copy kata-kata ini. Tetapi tidaklah saya paste di wall saya. Kerana saya masih tidak mempunyai suami. Kerana saya juga belum merasakan bagaimana bahagianya mempunyai suami sebagaimana yang sahabat saya rasakan sekarang. Saya yakin, dalam diri setiap wanita, pasti menginginkan suami yang soleh, beriman, penuh kasih sayang, sentiasa bersama susah dan senang, seseorang yang boleh menjadi sahabat terbaik pada setiap saat...alangkah indahnya memiliki suami yang seperti ini! Namun saya kekal sedar. Saya tidaklah sehebat Fatimah..mendambakan suami sehebat Ali...Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga..bilakah saya akan bertemu dengannya? Adakah dia juga seperti saya? Sentiasa tertunggu-tunggu kehadirannya?.....

*********


Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, semuanya akan nampak indah dan sempurna belaka. Namun selepas berkahwin, siapa sangka yang sempurna itu menjadi sebaliknya? Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. 

Takdir Allah akan tetap berjalan walau apapun, dan redha dituntut atas apa yg Allah kurniakan. Tetapi saya lebih gembira jika kita dapat mempraktikkan dulu piawai yg di saran oleh agama – ikhtiar untuk istiqamah (kekal) memperbaiki diri & ketaatan kpd Allah dan cuba mendampingi (jodoh, teman, sahabat) yang mempunyai matlamat yg sama. 

Yang soleh atau solehah itu juga TIDAK akan pernah sempurna, akan tetapi tanda-tanda orang yang jujur dan taat pada Allah itu ketara. Adakah Allah akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa memperbaiki amalan & pilihannya? Kita bukan ingin menjadi masyarakat malaikat, tetapi masyarakat manusia yang hidup di bumi tetapi bertunjangkan petunjuk dari langit. Ini adalah ikhtiar dan usaha kita, apa-apa pun yang dikurniakan atau tidak oleh Allah, akan & pasti berlaku hanya dgn izin Allah jua.Berusaha, berdoa, bertawakkal. Selebihnya adalah urusan Ilahi.

Allah Maha Mengetahui & Maha Mengasihani serta janji-Nya pasti...


**********

" Seseorang yang hatinya mati dan jauh dari hidayah kerana ingkar kepada Allah, tidak mempunyai sebab untuk mencintai orang-orang yang mencintai Allah...."

Serahkan cintamu sepenuhnya kepada yang Maha Cinta....






No comments:

Post a Comment