~ Masa Mengubat Segalanya...~
Pernahkah kita memahami alam? Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan. Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
*******
Baru-baru ini, seorang sahabat dengan tiba-tiba bertanya kepada saya. Macam mana kita hendak melupakan seseorang? Saya terdiam seketika mendengar soalannya....
Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung ataupun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut. Ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?
Lantas saya menjawab : Kita tidak mungkin dapat melupakan seseorang yang hadir dalam hidup kita sampai bila-bila. Namun masa akan mengubat segalanya. Sedikit demi sedikit. Tetapi percayalah...sesekali bayangannya akan hadir juga. Jika kita tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.
Bersabarlah duhai sahabat. Usahlah dikau bersedih atas hilangnya sesuatu itu. Yakin dan percayalah bahawa Allah pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik....Dengan izin-Nya....(^_^)
*******
"Alangkah beruntungnya orang mukmin itu, kerana semua urusan yang menimpanya adalah baik baginya. Sekiranya mendapat kebaikan, lalu ia bersyukur, maka itu adalah baik baginya; dan sekiranya ditimpa musibah, lalu ia bersabar, maka itu juga adalah baik baginya.”
( Riwayat Muslim)
People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel
^_^
ReplyDeletemasa mengubat segalanya...,