Thursday, April 21, 2011

~ A Decision That Changed My Life ~


~ A Decision That Changed My Life ~

Syukran buat sahabat yang mengingati...(^_^)

Esok, bersamaan 22 April 2011, usia saya sudah mencecah ke angka-27. Saya hampir-hampir tidak sedar. Masa begitu cepat berlalu. Semoga saya akan terus menerus bersemangat untuk memiliki kearifan. Kerana sangat banyak orang menjadi tua disebabkan bertambahnya usia, tetapi tidak semakin dewasa.Ya, kita tidak akan dapat menahan laju pertambahan umur kita...kerana UMUR adalah milik Allah. Namun yang harus kita lakukan adalah menahan akhlaq kita, agar jangan sampai turun ke darjat yang lebih rendah. Justeru, kita harus menggantikannya dengan kualiti peribadi yang semakin mulia. Di sini, saya juga mengharap yang sama...  

**********

Sepanjang hidup, banyak perkara yang telah saya lalui. Dari kecil, sampai tiba ke alam persekolahan, hinggalah ke alam universiti seterusnya melangkah ke alam kerjaya. Selama 6 tahun bergelar pelajar jurusan undang-undang, menjadikan saya berfikir panjang sama ada ingin menjadi seorang peguam atau sebaliknya. Ya saya tahu, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya. Akhirnya, jadilah saya seperti hari ini, di sini, pada saat ini. Saya tegar memilih untuk menjadi guru biasa, dari menjadi seorang peguam yang popular, seperti kawan-kawan yang lain rasakan pada ketika ini. Entah mengapa kerjaya peguam itu, saya rasakan amatlah tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya begitu gembira dengan hidup saya sekarang. Justeru, tidaklah saya menyesal dengan keputusan yang telah dibuat...kerana saya benar yakin, yang saya tidak silap membuat pilihan....insyaAllah..;)

**********


Semua alam sudah saya tempuh. Cuma alam rumah tangga sahaja belum lagi saya rasakan. Entahlah... saya pun tidak tahu bilakah masanya. Apa yang mampu saya lakukan ialah..berdoa, serta cuba menjadi yang terbaik...untuk mendapat yang ter`baik` juga..insyaAllah...(^_^)

 
Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
dalam  mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
Amin...

No comments:

Post a Comment