Thursday, April 21, 2011

~ A Decision That Changed My Life ~


~ A Decision That Changed My Life ~

Syukran buat sahabat yang mengingati...(^_^)

Esok, bersamaan 22 April 2011, usia saya sudah mencecah ke angka-27. Saya hampir-hampir tidak sedar. Masa begitu cepat berlalu. Semoga saya akan terus menerus bersemangat untuk memiliki kearifan. Kerana sangat banyak orang menjadi tua disebabkan bertambahnya usia, tetapi tidak semakin dewasa.Ya, kita tidak akan dapat menahan laju pertambahan umur kita...kerana UMUR adalah milik Allah. Namun yang harus kita lakukan adalah menahan akhlaq kita, agar jangan sampai turun ke darjat yang lebih rendah. Justeru, kita harus menggantikannya dengan kualiti peribadi yang semakin mulia. Di sini, saya juga mengharap yang sama...  

**********

Sepanjang hidup, banyak perkara yang telah saya lalui. Dari kecil, sampai tiba ke alam persekolahan, hinggalah ke alam universiti seterusnya melangkah ke alam kerjaya. Selama 6 tahun bergelar pelajar jurusan undang-undang, menjadikan saya berfikir panjang sama ada ingin menjadi seorang peguam atau sebaliknya. Ya saya tahu, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya. Akhirnya, jadilah saya seperti hari ini, di sini, pada saat ini. Saya tegar memilih untuk menjadi guru biasa, dari menjadi seorang peguam yang popular, seperti kawan-kawan yang lain rasakan pada ketika ini. Entah mengapa kerjaya peguam itu, saya rasakan amatlah tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya begitu gembira dengan hidup saya sekarang. Justeru, tidaklah saya menyesal dengan keputusan yang telah dibuat...kerana saya benar yakin, yang saya tidak silap membuat pilihan....insyaAllah..;)

**********


Semua alam sudah saya tempuh. Cuma alam rumah tangga sahaja belum lagi saya rasakan. Entahlah... saya pun tidak tahu bilakah masanya. Apa yang mampu saya lakukan ialah..berdoa, serta cuba menjadi yang terbaik...untuk mendapat yang ter`baik` juga..insyaAllah...(^_^)

 
Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
dalam  mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
Amin...

Tuesday, April 5, 2011

~ Memetik Hikmah di balik Payah..~

~ Memetik Hikmah di Balik Payah~


"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan...jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup itu diciptakan," 

~Imam Syafie~

Dedikasi ini khas untuk saya, setiap kali saya merasakan hampir-hampir putus asa. Bilamana mempunyai perasaan seperti itu, saya akan cuba segera mengingatkan diri saya, merintis jalan pulang menuju Dia yang satu. Ya saya mengerti bahawa jalan itu tidak pernah ada pintu yang menutupnya apatah lagi tembok yang menghadang insan menakluknya. Lantaran rahmat kasih sayang pencipta itu tak tergambar luasnya,  melebihi pedih azab siksaNya. Berjalan dan terus berjalan. Jangan diimbau  lagi kisah luka itu. Hanya menjeruk hati, menggores luka, mematikan niat murni sekeping hati yang tulus.Berbahagialah andai ada yang menduga di sepanjang perjalanan itu. Kerana itu sebenar-benar jalan yang dilorongkan Allah buat hambaNya yang ikhlas mencari. Ada hikmah dalam musibah.Telan kepahitan itu, demi manisnya kenikmatan jannah.


**********


" Dan apabila hamba-hambaKu yang bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"

(Al-Baqarah: 186)

Genggam erat-erat ayat cinta itu dalam hati kamu, maka kamu akan tahu Allah ada dalam tiap denyut nadimu. Allah mendengar bila kamu merintih, Allah yang membangunkan bila kamu tersungkur jatuh. Hari-hari yang kita lalui tak menjanjikan warna pelangi indah dan ceria. Adakalanya suram.Hanya senyum pudar yang mampu terukir pada bibir. Namun, percayalah...Pada duri yang ada di kiri dan kanan jalanan, pasti ada hikmah yang ingin Allah titipkan.Tidak sia-sia aturanNya walau sesekali jiwa terasa berat untuk menerima apatah lagi akur pada takdir itu.....


***********


Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,


“Truly in the heart there is a sadness that cannot be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him and in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him. And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.”
 
- Ibn Al-Qayyim