~ Pada Sebuah Nama ~
Ku lihat liangan air dari atas yang menitis. Semakin dingin kurasakan dan semakin membekukan ucapku. Semua yang kurasakan terasa terkukung dalam bisu. Kupejamkan mataku dan fikiranku mulai berlari-lari melewati waktu. Mengaduk-ngaduk perasaanku. Kebencian, amarah, kepedihan, membaur dan menelan semua diriku yang bijak. Diriku yang selalu mampu berdiri meski di atas batangan duri kesedihan.
Kumenemukannya lagi, diriku yang selama ini kusembunyikan dalam ketegaran dan ketidak pedulian. Diriku yang tertutup kerana lemah dan tidak berdaya. Rasanya ingin kutelan semua kebodohan yang ada di bumi. Ingin sekali kumenjelma menjadi manusia kejam yang memusnahkan kebahagiaan di muka bumi dan tertawa sekencang mungkin kerana puas melakukannya. Hentakan bunyi yang terdengar tak akan membuatku diam. Menulikan telinga dengan beragam suara. Jangan salahkan aku yang terlahir di bumi ini..Jangan dekati aku, atau kamu akan terluka. Hatiku berteriak…

**********
Namun saat kubuka mataku, kulihat sebuah nama yang ternyata menyurutkan semua keresahanku, membawaku menepi dari pengaruh hitam yang kutebarkan sendiri. Menggenggam hatiku dan mendinginkannya. Menyurutkan kemarahanku dan membawaku terbang kehamparan ladang hijau yang dipenuhi beraneka ragam bunga. Memang hatiku tidak sepenuhnya dingin, tapi cahaya itu semakin besar…. Sehinggakan mengalahkan keangkuhan dan gelapnya fikiranku....
Aku mulai diam dan berfikir. Kemudian aku yakini. Ya, aku yakin itu. Kerana nama itulah yang memberiku kehidupan. Memberiku ruang untuk bermimpi dan berjalan dalam waktu yang aku sendiri tidak tahu bilakah akan berakhir. Aku yakin segala kesedihan, kegundahan, dan amarah itu adalah refleksi sebuah rindu dariku padaNya. Kerana aku telalu kerdil dalam dunia yang terlampau besar. Diriku yang terlalu khilaf pada segala yang nyata dan sempurna. Bahawa waktu yang telah kulewati itu sempurna, meskipun banyak hal yang aku sesali kerana kelalaianku. Bahawa kisah hidupku itu teramat sempurna, kerana telah diatur sedemikian rupa tanpa cela.
**********
Memang aku terlalu angkuh untuk mengerti dan menerima. Padahal aku faham dan seharusnya menerima. Mungkin inilah kesempurnaan yang Dia cuba jelaskan padaku. Bahawa ketidaksempurnaan yang aku fikirkan sebenarnya melengkapi diriku. Bahawa ketidaksempurnaan yang aku fahami sebenarnya adalah kesempurnaan sebuah penciptaan. Sehingga aku sedar bahawa aku terlalu kecil untuk mengaku sebagai penguasa, bahkan untuk menguasai diriku, menguasai nasibku dan menciptakan segala yang kuinginkan.
Terlalu banyak nikmat yang tidak terhitung, menyakiti kearifan yang Dia ciptakan pada sebahagian diriku yang lain. Sehingga banyak rasa syukur yang terkikis dan terlupakan.
~ Opick ~